HOME‎ > ‎Cellmaxx Breaking News‎ > ‎

Keperluan Supplement

posted Mar 21, 2018, 12:34 AM by MAS CellMaxx
Sekiranya seseorang individu tahun hidup di era 2010an, saya percaya mereka perlukan beberapa suplemen. Mengatakan bahawa makanan cukup memberikan nutrisi yang diperlukan, saya rasa orang sebegini tidak pernah menyedari bahawa industri pertanian  di dalam negeri mahu pun di luar negeri (di mana sayur-sayuran dan buah-buahan kita diimport) dilakukan. 

Mungkin mereka masih bernostaglgia dengan industri pertanian kuno  yang menggunakan peralatan lama dan baja asli tanpa racun kimia. Kesian.

Kaedah perladangan moden kini (menggunakan tanah yang sama berulang-ulang kali) menyebabkan tanah pertanian itu mengalami kekurangan nutrien, sehingga terpaksa menggunakan baja kimia bagi menyuburkan semula tanah yang gersang.

Kadang kala sayur-sayuran atau buah-buahan ini  dipetik sebelum ia matang kerana perlu dihantar atau dieksport ke negara jauh. Sumber makanan ini belum cukup nutriennya kerana belum matang.

Ia dihantar dalam kuantiti yang banyak, dalam perjalanan jarak jauh dan mengambil masa yang lama, menyebabkan kadar penurunan nutrien dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat cepat.

Itu baru disebut beberapa faktor yang mengurangkan nutrien dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Belum lagi melihat bagaimana industri makanan kita hari ini.
Cara makanan dimasak menggunakan haba yang tinggi dan memasak menggunakan bahan dalam tin (makanan berproses) juga mengurangkan tahap nutrien makanan yang kita makan. 

Apatah lagi jika hidup di bandar yang mengharapkan makanan dari restoren makanan segara yang tiada sayuran dan buah. Hanya produk tepung putih, air berkarbonat, makanan yang terdiri dari karbohidrat berproses dan digoraeng menggunakan minyak yang berulang kali. 

Mereka  makan makanan yang tersedia di rak pasaraya seperti cookies dan snek. Kita kenyang tetapi tiada nutrisi yang kita perolehi.

Tidak hairanlah mereka mungkin kekurangan vitamin B-12, vitamin D, vitamin K, asid folik, zink, dan banyak nutrien lain. Contohnya kekurangan vitamin D di kalangan penduduk bandar yang mengamalkan makanan segera sangat lazim (sehingga 60 peratus). 

Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menambah nutrien yang kurang ini kecuali kita mengubah cara pemakanan. Masak sendiri dan bawa bekalan makanan. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum air secukupnya. Elakkan air berkarbonat.

Jika tidak mampu melakukan perubahan ini, pengambilan suplemen mungkin membantu. Walapun ia bukanlah alasan untuk meneruskan tabiat pemakanan yang buruk, sekurang-kurang ia membantu meningkatkan tahap kesihatan.

Jangan pula ada di antara kita yang masih meneruskan makan burger dan air berkarbonat pada waktu makan tengahari sambil memberikan alasan "saya  ada ambil suplemen". ltu tabiat yang salah. Tukar cara pemakanan, dan suplemen hanya membantu.

Comments